rakan2 JBBJ

14 August 2011

Kaiwa video 1 : Ohaiyo gozaimasu

Minasan... ogenki desuka...
Lama tak update blog ni....
semalam saya menjengah2 ke Youtube dan jumpa video untuk dijadikan rujukan.


Osamu : Ohaiyo Gozaimasu.
Obasan : Ohaiyo Osamu  kun, hayai no ne...
Kawan Osamu : Osamu, Ohaiyo..
Osamu : ohaiyo.
kawan Osamu : Obasan, Ohaiyo Gozaimasu.
Obasan : ohaiyo Gozaimasu,  itterasshai.
Kawan Osamu : ittekimasu...
Obasan : itterasshai...


Osamu : Selamat Pagi
Obasan : Selamat Pagi Osamu, awal pagi ni ye...
Kawan Osamu : Osamu, Pagi.
Osamu : Pagi
kawan Osamu : Makcik, Selamat Pagi
Obasan : Selamat Pagi,  selamat jalan.
Kawan Osamu : Pergi dulu.
Obasan : selamat jalan.


Ohaiyo gozaimasu : Selamat pagi.
Obasan : makcik 
dengar tak makcik tu sebut Osamu-kun? 
Penggunaan SAN dibelakang nama bermaksud En/Cik/Puan.
Tetapi perkataan KUN biasa digunakan untuk kanak2 lelaki.
Untuk kanak2 perempuan pula, CHAN.
Kadang2 kita jumpa orang dewasa menggunakan KUN atau CHAN.. tak salah.. kebiasaannya panggilan itu digunakan untuk kawan2 yang agak rapat atau oleh orang yang lebih junior baik dari segi umur atau pangkat.

2 comments:

  1. salam, mekasih share pasal benda ni..sy baru nak belaja nihongo..


    klu kun tu means dgn panggil pompuan pon boleh la ek?

    ReplyDelete
  2. Salam sue-sama,

    sama2. alhamdulillah kalau apa yang share dapat memberi manfaat kepada pembaca.

    kun diguna untuk panggil budak lelaki je. Kalau nama dia ali, panggil le ali-kun.

    Kalau perempuan guna chan contohnya sue-chan.

    ReplyDelete