rakan2 JBBJ

14 April 2010

Al Fatihah

Takziah kepada keluarga blogger arwah Jefrey Bujang yang rajin memberi komen di blog ini. Saya dimaklumkan beliau telah kembali ke rahmatullah 2 hari yang lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat....

Arwah Jef tinggalkan kita dengan blog yang menjadi kegemaran saya untuk belajar resepi di  http://resepijefbuj.blogspot.com/ 

Saya kenal arwah secara peribadi sejak tahun 1990 semasa kami sama-sama belajar di Jepun. Seorang yang multiskilling. Pandai memasak dan juga menari. Beliau menjadi jurulatih tari kami bagi persembahan-persembahan kebudayaan Malaysia di Tokyo pada tahun tersebut. Orangnya sangat berbudi bahasa, tertib dan sangat taat pada perintah Allah....

sayonara Jef-san....


No comments:

Post a Comment